Wednesday, May 28, 2014

Doakan thabat ?

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi mathurat, boleh tak nak rasa sayu. Eh haha. Sebab it will be the last one with them. Tahu tak perasaan yang takut yang amat untuk balik Malaysia. Tahun ketiga kot. Dua tahun menyaksikan futur sendiri masa summer. I was getting better masa second year dulu tapi first two weeks je semangat listkan buku bagai. Pastu harung -.-

So nak balik untuk kali ketiga ni, doa sangat, mohon Allah thabatkan. And plan  full sangat summer kali ni. Mewn pandai betul, sebab dia tahu aku asyik lari masa uskab, dia bagi nama untuk ketua kabilah. Aaaaa takpe, balik kali ni janji nak kuat :)

Ni dekat airport, jadi macam rasa dejavu.

Last year around masa ni jugak dekat sini. Dengan nadia and dayah. And janji masa tu jugak untuk kuat. Tapi Allahu Alam.

Kadang tu bukanlah tak happy nak jumpa family sendiri. Tapi aku rasa keterikatan dengan akhwat tu kuat sangat. Tahu tak feeling macam, no taknak balik malaysia sebab seronok membesar dekat sini dengan mereka. Tapi summer, semua pun balik. Whats the point of staying. Haha.

Balik malaysia pun bukan boleh jumpa semua. Nasib la ada budak cork dekat uskab KL tu. Kalau tak, I meraung haha over sangat ! 

And to be with them, macam satu nikmat. Sambil jalan pergi Tesco boleh ceritakan tafsir surah. Yang aku rasa, dalam keadaan tu buat aku berfikir and impak dia lagi kuat dari duduk dalam bulatan, mak usrah bagi tafsir. Oopps :p

Dalam jalan biasa akan ada je diselitkan seribu satu kata and teguran hikmah. Mana la tak bahagia. Sebab kita tahu, walaupun kadang tu sakit ditegur, even perkara simple macam

" Jangan sebut gila "

Hahaha gila is the point lol. Sebab kita tahu and kita faham konsep saling menegur and ditegur tu, kita pun terima la kan. Hari tu kak izi share pasal konsep taawun (5:3). Bestlah bila benda tu sama sama kiteorang dengar, so sama sama faham.

Saling menegur tu maksud dia pun saling membantu. Bukan kita tegur orang main ikut sedap kan, tapi dengan berhikmah lah. And yang ditegur pun tahu, orang lain tegur tu kearah kebaikan. Jadi saling terbuka la kan :)

Fuh bukan senang tu.


Btw ada satu cerita nih,

Masa tengah depressed takde the ukhtis buat teman pergi kelas sebab block berbeza, aku text someone, make a date. Dengan azam untuk melepaskan segala berat didada. Ceh poyos. Tapi yes, itulah tujuan dia.

Lepas dah set tu, aku dalam bas, on the way nak ke city. Jadi aku pun dok buat ayat dalam kepala otak, apa yang aku nak ceritakan dekat dia. Mula dari mana semua haha. Macam terlebih organized pulak. Tapi part lawaknya, dok tengah susun ayat, air mata pun dok mengalir sekali. Kesat sikit sikit sebab sebelah dalam bas pun kawan jugak haha. Kena cover sikit.

Tu lah tahap depressed paling dalam aku rasa.

Lepas tu sampai city, jumpalah orang tu. 

Magisnya bila hilang segala rasa berat. Tak ceritakan apa pun lagi, tapi cukup dengan melihat dia tersenyum, terus rasa ringan je. Dah tu asyik pulak bercerita dengan med life. 

And in the end, satu cerita depressed aku pun tak kesampaian. Hilang.

Mana la tak sayang akhwat. Hish. Yang dari jauh lagi dia mampu kita buat tersenyum, buat kita tenang, buat kita serabut jugak. Haha tapi sebab kita tahu ikatan tu kerana Allah jadi kita pun saling belajar and bersabar. 

Nak katanya, haruslah summer ni aku akan sangat merindukan akhwat. Dah la semua jauh tercampak utara selatan. Doalah moga Allah jagakan mereka sebaiknya, insyaAllah.