Thursday, November 28, 2013

i'll miss you kak mis :)

assalamualaikum wbt

hari ni kak mis balik Malaysia, for good insyaAllah. and amazingly those people dekat airport semua macam macho sangat. cool je muka. sebab kakmis pun cool sahaja, takkan kiteorang nak meraung pulak kan. haha. gelak senyum je semua. tapi tahu je, dalam hati menangis kan :p

and disaat kakmis cerita pengalaman dia say bye bye dekat murobbi first, tak nangis pun. and nana pun cerita tentang dia yang tak attached sangat dengan orang, so takde lah nak nangis masa berpisah ke apa. pastu ada sorang tu mengaku,

" Saya kena tinggal dengan sesiapa pun saya nangis "

lol. aku lah tu. pengakuan jujur dari hati. saya memang suka nangis macam baby in every separation. bukan lah overly attached ke apa. lepas tu okay je survived hidup tanpa orang orang tu. tapi bila ingat those memories and it will be ended, memang meraung la.

pergi kem 3 hari 2 malam je, jumpa kawan baru pun, balik kem nangis. haha. can you imagine that -.-"

haha drama.

semua pun speechless dalam gelak dengan statement aku. tapi tadi pun sebab semua orang cool sangat, aku pun tahan la nangis la dalam hati. tapi sebab nadia tumpah air mata, aku pun terbasah la jugak. tapi tak menitis. improvement nih haha *mukabanggasikit*

tapi alkisah kak mis,

memula dulu, aku ingat dia tak suka aku. for no reason. sebab awkward lagi pun kan masa tu baru kenal.

tapi aku suka jugak menyibukkan diri aku dalam hidup dia. i'm pretty sure she's quite annoying pun dengan aku sebenarnya haha. tapi dah lama kenal tu, aku rasa dia okay je lah dengan aku. takdelah tak suka macam the first impression aku ada.

jadi, dengan masa yg sedikit and dia pun bukan kakak usrah aku pun, jadi aku pun try muayasyah, bersembang dengan dia. tapi kak mis punya potpet boleh tahan ( in a good way okay ! ) jadi aku memang sukalah mendengar. seharian suntuk jadi pendengar je pun boleh.

kadang tu pergi bushra, singgah sebelum gi kelas. kosong. yang ada kakmis sorang je. setiap kali datang, "akak buat apa tu?". jawablah dia "tak buat apa pun". dan dialog sama je la selalu, sebab datang kejap pastu lari gi kelas kan haha.

jadi, jujurnya, aku tak kisah lah dia nak balik awal. kesian jugak duduk dekat bushra, semua orang gi kelas kot. so, aku takdelah nak rebel sangat, suruh dia hold BFG sampai kitaorang habis exam ke apa. biarlah dia balik untuk family dia yang dah tunggu 10 tahun kot.

tapi, sedih sunyi sendiri tu ada la jugak.

nanti masa semua pergi daurah muayyid, aku bukan boleh pergi lagi. jadi, kakmis yang stay dekat bushra, jadi peneman. aku pun suka je lah jadi pendengar dia yang setia. kuranglah sikit sunyi dia. tapi sekarang, kena kuatkan diri sangat duduk sensorang.

insyaAllah kuat je kan *keningkening*

sebab backbone kita Allah :)


p/s : berjalan lah sejauh mana awak nak berjalan, i'll always be here, behind you. sebagai back up, sebagai supporter, sebagai pendoa dari jauh. i wish i can say i miss you, missing us. but i can't. so, i'll stay here, selagi jasad masih ada. hati masih mendoakan. moga Allah menguatkan awak :')