Tuesday, April 9, 2013

I know sorry wasn't enough ='(


assalamualaikum wbt

okay jap, rasanya macam mood blogging sangatlah tinggi sekarang, for no reason, macam biasa.

tapi kan, alkisahnya,

ada satu masa, masa tu mungkin iman tengah kuat, bila main tegur orang tanpa belajar untuk memahami ataupun mendekati. anddd in the end aku rasa aku yang sakit lebih ouch ouch ouch. dan dia, aku tak tahu lah dia rasa apa. tapi aku taknak dibenci. itu sahaja.

bila tengok gambar lama, penuh photobook dengan muka dia, tapi sekarang tegur pun tidak. i dont know if she still mad at me. atau mungkin dia nak putus kawan atau mungkin dia nak stay away from me. aku pun taktahu. tapi haruslah sedih kan ?

sebab aku rasa feeling tak datang out of nowhere. sebab aku percaya dengan aura. sebab kalau tetiba ada negative feeling between dua orang, mesti datang dari salah sorang, lalu tereffect orang yang kedua. camne nak explain nihh. err faham tak ?! *emo kejap lol*

takpelah yang pasti memang la sedih bila tengok gambar dia, pastu kalau jumpa depan depan, aku pun jadi lari mata. bukan sebab benci tapi sebab sayang. sayang sangat. sayang kerana Allah, yang harapannya sayang sampai ke syurga.

kadang kadang aku teringin nak text dia cakap sorry, tapi, lidah terbabas bukan senang nak dibaiki. bukan senang orang nak lupa. orang cakap parut hati tu kan dalam.

and i know she deserved to treat me like this. lesson to be learnt. hati sedih ni patut jadi lebih berhati hati, bukan terlalu kebal untuk berkata kata, jalan semberono ikut suka, taknak pandang kiri kanan asal buku amalan sendiri terjaga.

hubungan Allah bergantung kepada hubungan manusia. tahu lama dah, tapi tak belajar jugak nak amal. mungkin belajar tapi sikit sikit. tapi aku takut jugak, sebab sikit sikit nih, makin lama makin hilang sorang demi sorang kawan.

just because i;m learning tak bermaksud aku kene korban sorang sorang kawan. mungkin yang sikit sikit itu perlu dicepatkan. sebab tali ukhuwah yang terputus kegembiraan syaitan, bukan Allah kan.

ramai dah terlepas sebab tegur yang ikut suka, terlepas sebab terluka. even bila ending dia, they forget about me, aku yang sakit lebih because parut terputus itu atas aku, bukan dorang. dorang ada parut teguran, lepas tu dijauhinya, dilupakannya. aku yang terkena balik bila tak pandai muhasabah setiap kali tercedera.

aku taknak bawak depan Allah nanti, hati hati yang terluka because of my words or my actions. taknak tunjuk depan Allah, sebab aku mereka jadi sakit. taknak taknak taknak.

niat yang asalnya baik, semua jadi terbalik. tegur itu biar berhemah, satu perkataan yang aku kena betul betul selami balik. hemah tak aku selama ni.

Allah tahu, aku tegur sebab taknak dia buat dosa, taknak dia alpa, taknak dia jauh dari mardhatillah. tapi cara tu harus aku pelajari. kalau tak mampu biarlah hanya hati yang membenci, sementara aku pelajari.

kenapa bahasa over the sastera dont ask me okay. so LOL ! haha tapi tulah yang aku nak cakap sebenarnya. betullah, kalau ada time machine mesti dah undur ke belakang, tapi mustahil kan, sebab tu sebelum papepun fikir dulu. sebab parut bukan senang pun nak hilang nanti.

even sekarang cakap seribu kali i'm sorry pun, parut dekat hati bukan boleh tutup dengan plaster. hanya Allah je yang ada kuasa. tapi sayang jugak bukan terbukti bila kita just go face to face and say uhibbuki fillah, tapi sayang jugak boleh translate thru doa.

mungkin sekarang kita jauh, but I'll pray to Him for the best. sebab plan Allah yang terbaik, aku pun nak doa terbaik, bukan untuk meminta dia melupakan ataupun menjauhkan ataupun mendekatkan. only Allah knows the best :')