assalamualaikum wbt
kadang kadang *eh tak, selalu* rasa macam takde siapa pun yang akan baca apa aku tulis, tapi sebab takut 5-6 tahun akan datang, pengalaman ni terpadam dari otak, baik tulis kan, even takde siapa kisah pun =.= *muka tebal namanya*
okay, petang tadi, bas kecil kami baru sampai dari Mount Mallory, Waterford. sejam setengah dari Cork, jadi tak sempat nak tidur lama dalam bas. penat 3 hari dikira belum langsai lagi. eceh, ngada sangat >.<
okay, nak cerita everything ikut susunan balik lah, sebelum diri sendiri pun berkeceramuk. haha.
first, we started our easter break with a visit to Birmingham, UK. tujuan utama, menghadiri satu program iluvislam.com iaitu SMILE 2012. kalau dengan tema dia, Islamic Malaysia ; Hope or Harm, mesti orang ingat yang hadirin dia semua hantu politik. yang bincangkan macamana nak jatuhkan parti dekat Malaysia. even ayah aku pun warning, jangan nak berpolitik sangat.
tapi, tak kenal maka tak cinta, dia just perbincangan bebas pasal islamic state etc. bukan menjatuhkan sesiapa pun. and paling best bila speaker dia antaranya Dr Mohd Asri sendiri. dulu kan selalu layan dekat youtube je video dia, ni dah tengok depan mata sendiri, siap ambik gambar bagai, memang best. hehehe. tapi, masa dia je lah segar, speaker lain semua dok pakat tidur. penat punya pasal.
mana taknya, kiteorang bertolak dari Cork pukul 1 pagi, bergerak ke Dublin. sampai sana dalam 4.30 pagi camtu. lepas tu tunggu flight pukul 6 pagi pulak. sampai Birmingham dah pukul 8 macam tu, terus gerak ke Warwick naik train. program pukul 9 pagi dekat uni Warwick, so memang takde chance langsung nak duduk berehat kejap. akibatnya, first slot, semua kami dok terlentok atas each other. =p
after a day dekat Warwick, esok harinya melawat Cadbury World. cuaca yang agak panas, tak memerlukan sweater pun. then bermain and makan coklat free and beli la souvernier sikit. paling best sebab ada coklat coklat yang susah sangat nak jumpa dekat kedai biasa macam cadbury dream white choc, yummy, sedappp ;D
lepas tu bergegas ke Coventry Road, tempat orang Islam dekat sini. memang macam China Town, semua kedai kedai muslim. nak cari jubah murah dan cantik, shawl yang sangat sangat murah, makanan muslim semua senang la dekat sini. memang terbaik bagi orang yang suka pakai shawl. sini satu rm7 je. kalau dekat malaysia mahu rm15 satu -.-"
lepas tu lagi sekali bergegas ke Bullring pulak. dia macam town dekat Birmingham nihh. besar sangat and banyak kedai kedai menarik. tapi malang sekali, masa kiteorang sampai, semua kedai dah ditutup. sini memang kedai tutup awal. padahal masa tu baru pukul 6 petang lebih. tapi semua dah tutup. menangis lah kawan kawan aku yang berhajat nak shopping sakan dekat sini. end up, we did our own photoshoot dekat keliling Bullring tuhh.
next day, terus balik Cork melalui Dublin. sekali lagi, penat -.-"
selepas malam tu, tidur punya lama, bangun pun pukul 2 petang macam tuh, terus tergerak hati rasa macam nak pergi Galway. memang mengarut kan cara buat keputusan macam nih. like totally random. terus bukak laptop, book tiket bas. without telling anyone at first. lepas tu, baru cakap dengan housemate. tetiba, " nak ikut ! " okay, join the random decision, hanim pun ikut sekali ke Galway. bas petang tu jugak, pukul 6.
we almost missed the bus at first, tapi setelah berlari marathon kejar bas, nasib baik jalan jam teruk, berjayalah kami masuk naik bas dengan tercungap yang amat. sempat sampai di Galway, makan dekat kedai kebab, and naik teksi pergi hostel budak Galway. dorang pun tak tahu kiteorang datang. try our best to surprise them and berjaya ! =DDD
next day ada small birthday party. menyibukkan diri dekat mereka yang sedang buat red velvet dengan tart telur, lepas tu jalan seorang diri pergi kedai, jumpa dengan kawan kawan yang lain. main permainan melayu dulu dulu, lompat tikus, tuju selipar, pepsi cola. dalam seeejuk okay, bawah angin yang sangat kuat dan meresap ke tulang sejuk dia. geletar -.-" tapi memang have fun habis !
esok harinya balik Cork semula and siapkan diri untuk pergi Spring Camp di Waterford pulak. *jangan tanya penat ke tak*
malam tu, aku berusaha sikit lah nak siapkan assignment essay aku. so ingat nanti nak tidur dalam bas je, so memang planning tanak tidur langsung la malam tuhh. sekali dah pukul 5 macam tu, idea nak tulis dah habis, and start lah bosan tak tahu nak buat apa. end up, tidur ! padahal pukul 7 nak gerak -.-
nasib baik hanim terbangun and kejutkan, siap dalam kelam kabut sebab almost pukul 7 dah masa tuh. tapi macam biasa lah, ada orang lain bangun lagi lambat. hehe. dalam pukul 7 lebih baru bertolak. so ambik seat 2 seorang sebab sikit je yang pergi, and finally tidur.
tapi tidur tak aman, dorang tengah dok bersembang dekat seat depan, aku pun lupa nak pasang earphone. memang tak aman lah kan. lepas tu ingat Waterford tu jauh, dapat lah tidur lama. sekali sejam setengah je dah sampai. mana tak menguji kesabaran mengantuk nihh -.-
Spring Camp kali ni best, sebab for the first time, aku suka lah dengan budak group aku. layan je semua. jadi tidaklah tensi sangat ye. hehe. tapi nanti lah kita bukak kisah spring camp nihh. sebab banyak sangat cerita diaaaa.
jadi itulah pengalaman aku seminggu nihh. macam tak boleh duduk diam kan. 3 hari di UK berbalas dengan semalam di Cork. 3 hari di Galway pulak and still berbalas satu malam di Cork, bercamping pulak 3 hari dekat Waterford ( oh yeah, Waterford dekat Ireland terimakasih ) and berbalas bermalam malam dekat Cork.
dengan sedihnya nak melafazkan yang cuti easter break saya sudah tamat. misi belajar kini bermula. insyaAllah dengan gigih dan tekunnya. *doakan* sebab saya tidak mahu repeat paper masa raya nanti mahupun repeat year. nak tukar password facebook lah kan. bajet fokus sikitlah. hehe.
takecare guys !