last post baru je aku bercakap pasal, aku taknak lari dah. nak pergi depan, jumpa dan tegur. but actually, aku telah pun melarikan diri di langkah pertama. sungguh loser terasa. baru cakap sikit tegur sikit, orang taknak dengar, buat taktahu, terus aku decide untuk tinggalkan. haih.
aku sendiri rasa yang aku ni kejam. tapi, hati sangat sensitif ye. bila dah heartbroken di langkah pertama, aku dah tak punya kuasa untuk terus kan langkah kedua. macam watak kartun yang ada pecah pecah sebab frust tuhh.
gambar ihsan google yang over hyperbola semata mata.
and yes, saya sangat fragile. eh bukan badan, tapi hati.
so, i ran away for a moment. taktau lah sampai bila nak lari yang pasti sekarang, aku nak lari dulu. taktau nak prepare ke apa ke, tapi aku just taknak ambush sesiapa di musim nak exam macam nihh. semua orang ada tension masing masing and aku taknak kacau. so, duduk diam diam walaupun terasa macam eei, tak baik nya tak tegur kawan.
aku ada delete sorang ni dari contact sebab dah terlalu heartbroken ? boleh tak macam tu. nak tengok dia dalam contact pun buat aku rasa sedih T.T jadi, aku delete dia. tapi nampak macam aku buang kawan pulak kan ? oh tak, aku still anggap dia kawan, cuma not in my list of concern anymore ? bukan anymore lah tapi buat masa sekarang.
tahu tak perasaan di mana semua orang tengah ambil berat or peduli dekat someone nih, but that person doesnt even care, or act ignorant la kot. macam aish geramnya. if she knows that everyone keep asking, how is she doing etc, how would be her reaction huh ? aku selalu terfikir. okay, macam dalam hidup dia, we dont even exist anymore pun. sedangkan macam dalam our world, dia je yang ada. so imbalance -.-"
kalau aku cakap aku sayang orang for the sake of Allah, mesti lah aku kena bawak dia sama sama jihad fi sabillillah kan ? aku kalau aku tak bawak, biarkan dia bergelimpangan macam tu je, biarkan dia kejar duniawi dia, maksudnya aku bukan sayang dia kerana Allah, tapi cuma sayang semata mata -.-?
selamatkan seorang kawan pun rasa macam tengah buat misi kasih palestine. bukan senang nak bukakan mata mereka yang ignorant. kan kata, without His permission, nothing will happen. so, aku rasa kena lebih perbanyakkan doa, even dia tak pernah ingat untuk doakan kita, ingat, buat lillahi taala, bukan lissahabat =P
okay, exam minggu depan. tapi aku belum start baca untuk exam ni langsung. kena bukak nota rajinkan diri. cari ketenangan sambil belajar pasal pemakanan.
duduk dalam rumah, so tak perlu terserempak dengan si tukang-pecah-hati. hehe. eh, aku tak benci dia okay. just tak boleh terima apa dia buat. even Allah selalu pertemukan kiteorang dalam situasi tertentu. dan aku pelik, kenapa setiap kali jumpa, mesti dia kena tunduk muka, tak perlu malu dengan manusia, tapi malu lah dengan Allah kan ? He guards you like 24/7. the end.
p/s : doakan aku tabah hati. mari berjihad fisabillillah =D
