Thursday, February 2, 2012

first impression : judgement ?

assalamualaikum wbt =D


"setinggi2 ukhwah itu ialah melebihkan saudaranya sendiri dan serendah-rendah ukhwah itu ialah berbaik sangka dengan saudara kita"


dalam hidup kan, kita mesti pernah tengok orang, sekali imbas je pun, tapi kita dah assume dia macam macam. and kalau yang sempat berkenalan, get together, then mungkin impression kita dekat dia mesti pun dah berubah. ala ala macam dulu ingat sombong budak ni, sekali sekepala la pulak kan ? =)


tapi apa jadi dekat orang yang kita bagi impression dekat dia but turn out kita tak sempat pun nak ber'rapat-rapat'an. and mind set kita akan terus assume dia seperti itu dan ini. lagi kejam kalau itu bad impression, kesian si kawan yang innocent, kita letak segala macam gelaran dekat dia. padahal, kita jauh lagi buruk dari dia sebenarnya.


aku sendiri sejujurnya pun sangat susah nak buang impression tu dari seseorang. kadang kadang aku paksa diri aku bersangka baik, to think positive. but it was never easy. lagi lagi bila separuh otak dipengaruhi dengan cakap cakap orang, okay campur jugak cakap si syaitan. kenapa hati keras sangat nak menerima orang lain huh ? 0.o


malam ni aku nak share kisah 3 orang.


manusia pertama :

aku kenal dia bukan baru tapi sebelum ni macam macam judgement aku buat berdasarkan pemerhatian mata hati yang agak buta nih. assume dia macam macam sangatt. aku rasa kejam sebab dia kawan aku sendiri. tapi hati aku suka menganalisis setiap tingkah laku gerak geri dia. kejam T.T


bila aku tengok dia buat something yang terang terangan tak elok, aku dah macam, tak insaf ke dia nih, tak solat ke dia nih, tak jumpa tuhan ke dia nih. sebab aku tahu benda tu terangan dosa. tapi put the blame on me jugaklah sebab hanya mampu kondem dan komen dalam hati. cakap depan depan tak berani pulak. *boo diri sendiri*


tapi lambat laun aku sedar, dia ada je pandangan yang baik, cuma selama ni aku selalu ternampak part yang tak elok, terus assume macam macam. aku ajar diri aku untuk lebih open bila nampak dia. mungkin dia tengah berusaha, mungkin dia tengah belajar nak menginsafi diri sendiri, mungkin tuhan pun tengah uji dia. and siapalah aku untuk terus jugde and hukum dia ;(


sedikit demi sedikit, kisah baik dia Allah tunjukkan dekat aku, dengan harapan aku tak judge dia macam dulu dah. and i promised myself, untuk terus bersangka baik dengan dia. bukan salah dia, tapi salah aku sebenarnya sebab asyik cari bad things pasal kawan sendiri. 


manusia kedua :

ini versi terbalikkan cerita di atas. aku tak tahu patut diceritakan ke tidak, sebab takde niat untuk bukak aib sesiapa pun. i don't even give a hint pun kan ? =)


senang cakap, yang bertudung labuh, nampak alim, tak bermakna takde bahagian bahagian buruk dia, seperti jugak orang yang buat jahat, tak bermakna dia jauh dengan Allah and Allah tak sayangkan dia. never judge people based on their pemakaian mahupun cara percakapan, apa yang ada dalam hati manusia, kita tak pernah tahu. jarak dia dengan tuhan pun kita tak pernah dapat ukur, jadi buat apa susah susah nak tolong kira kan dosa pahala orang sedang sendiri pun ntah ke mana =D


manusia ketiga :

another sejujurnya, aku sedang berusaha basuh hati, otak aku, pemikiran, pemahaman, untuk terima kehadiran manusia ni sebagai seorang kawan. aku tak nafikan langsung, segala impression yang aku dapat semuanya berdasarkan cakap cakap orang yang sampai sekarang, aku pun tak mampu nak ubah impression aku dekat dia.


tahu tak perasaan bila kita annoying and menyampah dengan orang, padahal dia tak kacau kita sedikit pun ? kenapa hati ni kejam sangat menerima orang ? T.T


banyak kali sangat dah aku try think positive, try to accept manusia nih, tapi sampai sekarang tak mampu, still tak diberi kekuatan untuk buka hati buka minda, terima manusia ni seadanya. impression tu melekat dari dulu sampai sekarang, siap bertambah lagi. 


sebab dah tak mampu menahan diri, tak larat nak kondem dalam hati, setiap kali aku ternampak kelibat dia, aku prefer larikan diri. bukannya aku taknak melayan, tapi aku bukan jugak jenis yang pandai pura pura senyum, pura pura gelak. aku kesian dekat dia, sebab tak mampu nak bagi response yang terbaik. 


-------------------------------------------------------------------------------------

in a conclusion *bajet essay jap* , sijil psychology dari universiti mana mana pun, tak dapat buktikan yang everything you think about a person is 100% true. kita boleh belajar, baca gaya tulisan orang lah, gaya makan orang, gaya itu dan ini lah, tapi sebenarnya Allah dah bagi kita satu je pelajaran yang sangat mudah, bersangka baik. 


kalau boleh belajar bersangka baik, kita tak payah pening pening nak fikir orang ni macamana, baik buruk perangai dia. accept people for who they are kan :) kalau orang lain boleh bersabar layan kita, tolak tepi semua impression doran dekat kita, kenapa we can't do exactly the same thing ? 


kadang kadang aku pening baca kisah malaysia bersama orang orang kuat dia, dah tak larat nak baca komen orang cakap yang tu salah yang ni salah, sedangkan dorang judge pun berdasarkan percakapan orang lain, berdasarkan perasaan mereka sendiri. bukannya jadi depan muka dorang sendiri, bukannya dorang boleh baca isi hati orang lain, tapi kerja nak kondem je.


dari kondem baik doakan. aku pun dah tanak terpengaruh dengan elemen elemen yang tak sihat untuk hati dan minda aku. i wanna think positive and make things easy. kan kan ? tak payah nak pening pening tolong kira dosa pahala orang =D kalau betul kata taknak biarkan orang tu bergelumang dengan dosa, betulkan, bukan kondem terus terusan. siapa je yang suka kena kondem kaw kaw sesedap hati kan ?


okay, i'm going to dublin tomorrow, tapi tak kemas beg satu ape pun lagi. tahniah lah, esok akan datang kelas dengan muka mengantuk habis -.-"


ingat, otak positive, hati pun tenang, tak serabut dahhhhh ! =DDDDD