assalamualaikum wbt :D
* I'm planning for only a quick post tapi tengok la banyak mana sempat tulis. aleh aleh, karangan SPM jugak aku buat. hehe *
okayy, untuk pengetahuan umum belaka, minggu depan ada exam. for 3 weeks, tapi takyah nak propaganda sangat lah kan. even 3 weeks pun, 1 week 1 test. so basically 3 paper sahaja pun =p *why on earth aku happy sedangkan EXAM kot, banyak tak baca lagi T.T*
setiap kali exam kan, mesti terasa macam nak mengadu dekat semua orang kann, eh, banyak tak baca lagi, eh cuaklahh, eh macam mana kalau soalan susah, eh macam mana kalau tak dapat jawab, eh tak nak repeat paper. okayy, penat ber'eh' LOL. tapi bukan nak pergi study pun -.- *dituju untuk diri sendiri*
tapi kan, bila cakap pasal exam, tak kisahlah yang besar ke yang kecik ke, mesti aku ter'refresh' balik kisah exam sebelumnya. masa PMR terkenang zaman-tak-study-UPSR. macam tu jugak masa SPM andd masa zaman premed dulu pun.
sejujurnya, siapa yang suka perasaan exam ? tak dapat imagine soalan apa yang nak keluar semua kan. semua orang pun boleh jadi gila kot. takdelah gila sangat, mungkin aku je kot. kekeke kantoi !
aku rasa orang keliling aku pun boleh tumpang pressure exam aku. bila tahap cuak itu sangat memuncak, stress semua terpancar dekat wajah, memang kena baham lah siapa yang nak main gurau gurau kejap. haha. tapi soothing word boleh lahh =D
okay TERlari topik sebenarnya =.=
sebenarnya kan, since sekarang mood study for exam yang agak tercemar dengan facebook, aku macam rindu pulak dengan makcik makcik kesayangan dekat PV tu. sampai mintak tolong mahi sampaikan salam rindu lagi.
sebab dekat sini, mana ade orang yang tanyakan keadaan hari hari macam mak kita sendiri. memang lah boleh call mama sendiri kan, tapi takkan nak kacau mama hari hari, just for mengadu benda yang sangat remeh. aku pun pokai nanti =p
kalau zaman premed, makcik ni lah yang rajin tanya, sihat ke tak, kelas macam mana, exam bila, cuti bila. yang sangat mengambil berat lah senang. i missed them ='(
we're total stranger at first tapi sekarang, aku anggap macam family aku sendiri. kawan kawan aku pun dah penat nak dengar kalau aku tanya pasal makcik tu ke, orang tak faham kenapa aku baik sangat dengan dorang. and aku sayang mereka walaupun hanya bersembang dalam 10 minit ke bawah je setiap kali jumpa.
saya boleh menangis setiap kali teringatkan mereka. seperti mana saya menangis bila exam nak dekat gara gara rindu kawan kawan lama =)
i hope they're doing well in penang. insyaAllah, ada rezki, aku datang bertandang jumpa mereka. rindu sangat T.T *mata bergenang lagi*
aku pun sangat rindu second housemates dekat premed dulu. yang buat aku study somehow. yang kejut tengah malam, yang sama sama struggling untuk dapat result yang cun melecun. mereka terlalu banyak sangat bagi contribution yang hanya Allah je yang mampu balas.
aku harap dorang ada dekat sini, so that the tense kurang sikit. but i have to be stronger, learn to survive on my own. saya kuat, saya boleh ! doakan =D
marilah kita berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar and dapar result yang excellent. moga semuanya pun Lillahitaala :)
have a great day guys ! take careeeeee <3