assalamualaikum wbt =D
okay, tajuk tipu sikit. semalam lagi dah sampai rumah tapi malas betul nak berblogging dekat sini. tapi tadi lepas baca blog kawan, tertarik pula rasa nak menulis jugak. *padahal tadi mengantuk yang amat*
after 10 days ( almost ! ) bertapa dekat negeri orang, dari manchester ke birmingham ke london, semalam bila sampai rumah sendiri rasa best sebab dapat jumpa si katil pink yang comel, bersama si kecil kecil bertebaran atas katil *kes tak sempat kemas 10 hari yang lalu* LOL
tapi perasaan yang sangat tidak bertahan lama, dalam masa berjam jam lepas tu timbul rasa boring, sunyi kot duduk dalam bilik sorang sorang. tak duduk atas katil, duduk mengadap laptop. tak pun masuk dapur cari makan. sounds soo pathetic kan. dah takde suara suara bingit di pagi hari, mahupun sebelum tidur. semua pun buat hal masing masing =(
nak recall balik pengalaman 10 hari tu memang sangat best. jaulah yang terbaik ! :)
dianggotai 20 orang, yang melapor diri bersama sama dengan luggage masing masing, bertemankan sleeping bag, berjalan jalan, naik train sana turun sini, heret beg di tengah kota manchester, lintas highway macam itik bertebaran, gagahkan diri demi satu pengalaman =D
ramai je orang yang pandang pelik. since DUA PULUH orang kot. tapi cool apa. HAHA
dengan luggage yang medium besar itu jugaklah kitaorang heret masuk food court, heret jugak pergi ke Old Trafford, heret lintas jalan jalan besar, heret naik turun escalator * idea kontang* arhhhh yang penting, kitaorang memang heret je dia pergi mana mana. dengan muka kebal meskipun beg keluarkan banyak bunyi yang menarik perhatian -.-"
dalam 10 hari jugaklah, bertambah tambah networking yang ada. ramai sisters yang sempat berkenalan. yang sudi tumpangkan rumah, masakkan untuk anak anak dua puluh ini. bukan sikit kot nak tanggung, tapi dorang sanggup share. habiskan beras, habiskan ayam, sayur, semualah untuk kitaorang meskipun *asal dok meskipun sangat nihh -..-* dorang baru je kenal =)
dekat sini jugaklah belajar amalkan sharing is caring. nak makan pun tak guna talam, guna mangkuk kecik. so that orang lain pun ada peluang nak makan or rasa jugak. tips hari ini : sila ambil turn makan last sekali ye, boleh habiskan semua HAHAHA tapi kalau nasib malang, makanan dah habis sebelum turn anda makan ye. =p
10 hari ni jugaklah mengajar erti kesabaran. kalau selama ni keluar berempat berlima berenam, mungkin tak rasa sangat. tapi dalam kumpulan yang besar, semuanya kena bersabar. ibarat setitik nila yang mampu mencemarkan air, takpun lembu masuk lumpur yang lain terpalit sama. dimana 19 orang yang setia menunggu 1 kawan ke toilet bukanlah benda yang senang. semuanya kena bersabar dan bersabar dan bersabar lagi.
selain diri yang asyik belajar bersabar, perut pun banyak belajar bersabar jugak. lapar macam sinonim, perut berbunyi ibarat lagu, *sila sambung ye, dah takde idea*
yang pasti, berjaulah sepuluh hari itu memang sangat bermakna. dan yang pasti, 4 hari dekat Perhimpunan Musim Sejuk ( PMS) itu sebenarnya membuat kan kami ( jelas sekali bukan aku seorang ye) rindu sangat dengan sisters Cork ! i don'n know why exactly tapi yang pasti rindu ! bukannya tak selesa atau masuk atau ngam dengan sisters yang lain, it's just a feeling =D
tak sabar nak jumpa dengan kakak ohana yang tersayang *gelak guling* tapi rindu dia jugak :))
aku tak tahu dah merepek sampai ke mana tapi memang dah sangat merepek ni. *akibat berblogging sambil stalk facebook orang, sampai lupa idea tadi* jadi, insyaAllah kalau diberikan kerajinan atau masa untuk cerita semua aktiviti sepuluh hari tu, aku cerita. okayy ? =)
aku suka sangat nak bercerita sambil show off gambar, macam comel sikit kan. tapi, photo album ada 400+ gambar, mana mungkin aku rajin untuk pilih gambar gambar yang menarik mahupun berkaitan dengan jalan cerita. akibatnya, mungkin tiada gambar kahkahkah
p/s : saya tidak skema, cuma dengan rela hati suka men'skema'kan ayat ayat dekat blog ni, supaya baca macam comel sikit. kekekeke
off to sleep ! =D
p/s : jap, muhasabah hari ini : kadang kadang ada sesetengah benda atau perkataan yang bagi kita hanya gurauan takpun omong kosong lah kan, tapi bukankah lebih baik kalau kita mendidik mulut mahupun hati untuk menyebut, bergurau dengan meletakkan Allah sebagai yang maha. bergurau itu ada hadnya. yang haram tetap haram yang halal tetap halal. matlamat tidak pernah menghalalkan cara =D