Tuesday, February 15, 2011

maulud nabi. ;)

assalamualaikum wbt. =D



eh korang dah selawat ke atas nabi belum ? dah hadiahkan yassin belum ? hehe. yang belum, sila kecepatan. nabi kesayangan punya birthday, mana boleh tak kasi hadiah kann ? bila bab hadiah pakwe makwe laju je kann. =P


tadi aku celebrate mauludnabi dekat sungai petani. dengan akak akak sekali. 37 orang SQUEEZE dalam satu rumah bungalow 3 bilik. hehe. just bayangkan okay. its fun btw ! seronok tidur ramai ramai semua. =D


dengar cerita akak akak then makan dalam talam ramai ramai then ambil gambar. end of the story.



actually, nak bersharing ilmu sikit sekejap hari ni. HEEE. =')


ada 5 perkara nabi doakan selepas solat, ( jangan risau, hari ni info cukup. bukan setengah macam selalu. haha )

1. hal yang mendatangkan rahmat
2. mohon keampunan
3. mohon kebaikan
4. dimasukkan ke dalam syurga
5. selamat dari api neraka


jadi, orang yang cemerlang kena ikut langkah pemimpin yang cemerlang kan? so, tak salah kalau korang nak tambah doa korang dengan perkara dekat atas. =D


then, kalau nak bercerita sekejap boleh ? tapi bukan pasal nabi tersayang tapi pasal salman al-farisi.


yang tak berminat, aku tak paksa. sebab aku sendiri pun tak minat nak baca blogg orang panjang panjang. hehe. ^^.


okay, i'll try my best to make it short. tapi yang ni, ilmu ingat lupa. so, not that precise lah. yang penting point masuk. kann ? =)


alkisahnya, salman ni disuruh bapak dia untuk belajar satu kitab ni. aku tak ingat kitab apa. maybe majusi kott. tapi, dia suka memesong. dia belajar kitab dengan ahli quran tanpa pengetahuan bapak dia. diam diam la kira.


then dengan ahli quran tu la dia belajar, nanti akan datang rasul yang terakhir bertempat di mana semua. jadi, dia pun semakin curious.


sekali tu kan, dia kantoi dengan bapak dia. maka, punya lah bapak dia marah, dia kena penjara. fyi, salman ni anak orang besar besar jugak. ke raja, not sure. dari parsi ke yaman, pun not sure. -,-


dalam penjara, dia bersubahat cara baik dengan pengawal penjara tu, and dia dapatlah bolos and lari keluar.


dia berjumpa dengan satu kabilah ni yang tengah berdagang. dia waktu tu dah mindset, nak pergi madinah tunggu rasul datang, macam yang dia belajar dengan ahli quran tu lah. so, dia pun nak tumpang kabilah tu pergi ke madinah.


sampai madinah, dorang jual la salman ni dekat orang. then dia jadi pekerja dekat kebun kurma. kebun ke ladang ? ntah. =P


dia bekerja la sedaya upaya sebab hajat dia nak jumpa nabi je masa tuu.


satu hari masa dia tengah atas pokok petik kurma, dia dengar lagu, " tola'al badrul alaina......... "


tandanya, nabi dah sampai. so, dia laju je turun dari pokok tu dengan sekayu kurma dengan tangan. dia berlari pergi kearah nabi.


fyi, salman dah setmind jugak nak test tanda tanda kenabian dekat nabi to prove yang ini memang betul utusan tuhan.


depan nabi, dia bagi satu kurma. dia cakap, " saya sedekahkan kepada kamu kurma ini "


nabi ambil, then baginda bagi dekat orang lain. dalam hati salman, " betul, tanda pertama, nabi tak terima sedekah" sebab sedekah hanya untuk orang miskin, fakir.


dia bagi lagi satu kurma, dia cakap, " saya hadiahkan kepada kamu kurma ini "


nabi ambil and  baginda makan.



salman terdetik lagi. " betul, tanda kedua, nabi terima hadiah "



tapi kannn untuk tanda yang ketiga, salman tak boleh nak check direct sebab taknak menjatuhkan maruah nabi.


korang tahu ke tanda kenabian yang ketiga ? baca sini. =)



aku tahu dekat link atas pun ada cerita pasal salman ni kan, tapi memang lain sikit versi dari yang aku dengar dari ustaz aku dulu. so, allahualam. =)


okay sambung,


untuk tahu yang tanda ketiga, salman ambil masa yang lama. and sebab itu jugaklah salman antara orang paling lama ambil masa nak peluk islam.


korang tahu kan perang khandak ? kan salman al farisi ni yang cadangkan. sebab cara parit tu guna dekat negara dia dulu.


masa on the way buat tuu, dia dok usha nabi buat kerja. and nabi pun perasan la tingkah laku si observer ni.


jadi, dalam tengahari panas terik tu, nabi bukak baju sebab peluh semua kan. tak silap aku, nabi saja buat sebab tahu salman dok perhati dia.


bila salman nampak tanda kenabian tu dekat nabi, terus dia pergi jump nabi and mengucap dua kalimah syahadah.


hebat kan ?


itu sahajalah cerita dia. =) mesti antara korang pun baru tahu pasal tanda kenabian ni kan ? hehe.


dah dah, nak rest. hari yang memenatkan.


assalamualaikum wbt.


jom selawat sama sama ! selawat dekat nabi, malaikat selawat untuk kita taw !