Thursday, February 10, 2011

cuti sem 2 : Lata Sedim ;)

to tell you the truth, kaki aku masih penat sebab panjat batu batu dekat air terjun tuu then drive dekat jalan yang super duper berliku. urgh. -.-


but, i'm having sooo much fun with the girls. heee. =')


tapi sebenarnya benda jadi nampak macam senang kan. padahal mula mula certain parents tak bagi. macam parents aku sendiri. tapi selepas buat degil jugak, dorang bagi. janji, jaga diri and balik dengan selamat. =)



okay start balik dengan cerita penuh eh ?



hari rabu pergi kelas 2 jam tuu then kiteorang 10 manusia betina ni mula keluar idea nak pergi mandi air terjun dekat lata sedim, kedah. so mula la bincang nak berBBQ lah buat sandwich lah apalah. siap decide lagi siapa nak pergi beli barang semua. hehe. kiteorang memang semangat. suka buat plan last minute. =P



so aku, sally, ika, lion dengan yatt pergi beli barang sandwich and geng rumah fama pergi tesco beli barang nak berBBQ. so, we split lah.



tapi petang tu sempat sekejap lah pergi servis kereta dengan kereta fama sekali and plan terganggu bila kereta fama kena tahan sehari. mana cukup satu kereta nak pergi sana. -.-



so nina decide dia drive jugaklah esok. hebat kot nina boleh bawak manual sejam lebih dekat jalan berliku tuu. pergh. =0



jadinya, awal awal pagi kiteorang bersiap pukul 7.30 semua. godek godek masuk barang semua, dalam pukul 8.00 kiteorang gerk pergi sana. awal kan ? HAHA.



aku pun follow jela nina dengan redhanya sebab haram tak tahu jalan so tunggu jela jalan apa yang ada. kejap kecik kejap besar. keredhaan. =P



then dalam pukul 9.45 pagi sampai sana. almost sejam lebih lebih jugaklah. penat woo. kera sempat siap langgar kereta nina lagi. hahahaha. eh, shuhhhh.


so first first sampai kiteorang naik tree top walk dulu. tinggi jugaklah tapi sebab aku bukan pencinta alam sekitar kan, aku tak minat lah tengok pokok pokok hijau, aku jalan laju je lah. dah lah tengah tudung indon, lagi la malas nak bergambar. HAHA.



then dalam pukul 10.45, kiteorang pergi attack air terjun. yeay ! sejuk gilaaaa air dia. best ! sebab last time aku mandi air terjun masa zaman kanak kanak kott. lama gilaa tak berjumpa dengan dia dah. rindu ! mandi pulak dengan kawan kawan lagi best !



lepas tu start la nak berBBQ. sengal tak kiteorang siang ikan guna gunting. sebab tak bawak pisau. nak start BBQ pun tak bawak minyak semua. great. =.= paper lama pun mintak dekat kedai sebab daun kering semua tengah mandi. -.-



so after 15 minit kot try api taknak menyala. gila bersabar kiteorang. habis tisu jadi mangsa kebakaran jugak. arang masih tegar taknak terbakar. bijak punya arang. in the end, kiteorang mintak tolong orang. HAHA. perempuan memang macam ni. ^^.


so datanglah mamat pro la konon nak start kan api kiteorang. and sementara dia tengah buat tu, kiteorang semua sambung mandi. and tak lama sikit, kawan dia datang, then datang lagi. port tu last last ada dalam 7-8 orang mamat mamat ni keluar masuk keluar masuk. semua tengah berusaha and kiteorang bodoh bodoh sambung mandi. HEHE.


da nak almost sejam, kiteorang suruh la dorang giveup. sebab kiteorang sendiri dah giveup tengok dorang. haha. tapi dorang berkeras nak go on jugak. yelah, malu kot lelaki kalah dengan api. LOL. eh ni bukan ayat aku, ayat budak kelas aku. =P



dari before pukul 12 dorang start, sampai pukul 1 baru berjaya. yeay, boleh berBBQ. even jari aku melecur sampai sekarang sebab pegang kerang panas. -.-



so dapat lah bakar ikan 6-7 ekor, ayam 7 ketul dengan kerang semangkuk besar dengan sosej sekali. sedapp. even takde sos, kiteorang bantai dengan mayonese je. siap ayam terlebih marinated lagi. sedikit masin. =.=



lepas makan makan, kiteorang sambung mandi then pukul 3.15 pergi tukar baju semua semayang sekali.



tengah solat, hujan dah start lebat. sumpah aku chuak macamana kiteorang nak drive balik. jalan sempit dengan berbukit lagi tuu. memang menguji kiteorang yang baru berjinak jinak dengan kereta. =)



thank god hujan berhenti setengah jalan. tapi lalu pulak jalan berliku liku dekat kawasan kelapa sawit.  -.-



tepat pukul 5.21, sampai la area PV tapi kiteorang terus singgah pergi makan dekat nan's dulu. lapar kot. HAHA. padahal ayam and ikan mentah ada lagi tak habis dibakar.



thats how we celebrate ourself yang balik awal nih. hehe. its fun okayy. =D


assalamualaikumwbt