Saturday, February 5, 2011

aussie day : seaworld !

memang kebiasaan, lepas orang pergi movieworld, dorang akan pergi seaworld the next day. sebab multi combo package. nak lagi hebat, tambah wet and wild water theme park skali. =D


and for the same reason, memang aku jumpa muka malaysia yang sama je. -.-




tempat ni dekat dengan area surfers paradise. so dalam kurang 30 minit dah sampai. dalam 9.15 pagi sampai tapi dah kata summer kan, panas memang membakar betul. -.-


and dorang open at 10 am. semua dah duduk berteduh bawah pokok. HAHA.




bersabar beratur tunggu pintu bukak. =)


fyi, multi combo pack, korang akan guna tiket sama for both theme parks. so tak payah beratur panjang beli tiket lagi. just tunjuk tiket semalam.


bila masuk, macam apa je aku fikir plan berjalan. sebab dia akan bagi showtime flyer. so, kena arrange masa ikut show yang ada so that tak missed any show. and park map sangat berguna. kalau tak, sesat merata lah korang. =P


first, tengok penguin !




dorang sangat comel ! lagi lagi part terjun kolam and masa naik. HAHA. i'm having fun watching them. =D


gaya aku macam dekat malaysia takde je kann? entah. rasa macam malaysia punya tak ori je. tak best. tengok dekat negara orang baru nak rasa best. LOL.


yang tak best nya, si comel ni tak tahu nak buat show. so yang ada pun feeding sesion je. -.-


then pergi tengok show dolphin pulak. yang ni memang super duper cute. HEEE. =')


gambar dolphin lompat tinggi tinggi takde sebab aku sibuk guna lumix masa tuu. dorang amazing !


masa dolphin and sea lion datang sunway dulu, family aku tak sempat pergi. takde masa. so mama cakap, "dulu dia datang tempat kita, kita tak pergi. so, kita pergi tempat dia " =D


tapi kan best kalau boleh pegang dorang. they look soo manja. geram sangat. takpe, angan lepas ni nak bela dolphin lah. HAHA.


andd dolphin kat sini banyak. so, boleh tengok jarak dekat. kalau nak pegang, rajinkan diri terjun dalam kolam dia. then kena blacklist masuk seaworld. great ! =P




yang tak best dekat seaworld, kiteorang tak jumpa restoran halal. so, tak sure ada ke tak sebenarnya. but we did jumpa prayer room. tanya orang dekat sanaa.


prayer room siap ada tempat wuduk canggih macam dekat atas ni lagi. malaysia ada jugak kot tapi aku belum jumpa lagi. =)


sebab kiteorang pun tak bawak makanan, lapar gilaa lah dari pukul 9.15 pagi sampai 5.30 petang kiteorang tak makan apa apa langsung. kerja minum air je. -.- so, prepare makanan ye kalau pergi sana.



and luangkan masa naik sky highway? tak ingat nama dia. cable car lah senang cerita. =)


yang best, dia akan berhenti dekat tengah tengah jalan. betul betul atas kolam kolam dolphin. so, boleh layan scenery dari atas. boleh ambil gambar banyak banyak. yang tak boleh, terjun keluar kereta. mana tahu ada yang terlebih excited tengok dolphin tuuu. HAHA.


ada jugak sealion show. tapi tak best sangat lah. sebab sealion tak comel? hehe. and agak busuk sikit lah dorangg tuu. -.-



ada jugak ray reef punya tempat. dekat sini korang boleh pegang pari tuu. and dia bukan bagi baby pari taw tapi versi mak bapak punya. besar gilaaa kot.


aku pun berani kan diri pegang. tapi part sayap je la boleh pegang. dia pandai, bila nampak tangan kann, automatic dia naikkan sayap dia paras atas air. nanti korang pegang lah. comelkan? tapi sila jangan cari pasal pergi rembat tarik ekor dia. korang memang hebat cari pasal. =P



ada jugak happy feet 3D. =D


kalau rajin, korang boleh naik sky cruise seaworld. ala, naik helicopter pusing mana mana korang nak. tapi paling murah 59 dollar sorang. again, jimat duit tak payah lah naik. HAHA.


sebab dah lapar tahap gilaa, lepas balik solat semua, terus keluar pergi makan dekat malaysian restaurant.




berdiri dekat depan pintu hotel pun boleh nampak kot. dekat je. kan aku cakap, grand chancellor memang the best. HEEE. =')


restoran maharani ni dijaga oleh orang melayu. suami isteri maybe. dah 10 tahun dorang bukak kedai tuu. tapi dari pukul 5 petang sampai pukul berapa ntah bukak.


masa kiteorang datang, menu beriyani. so macam best nak try rasa beriyani style australia kann?



sedappp kot ! bukan sebab kiteorang sangat lapar tapi memang sedapp der. =D


kalau tak habis lauk, boleh tapau bawak balik. sebab mahal kan, membazir lah kalau tinggal. -.- and sepinggan nasi beriyani ni tak kisah lah ayam ke kambing ke, 14.80 dollar. overall, 59.20 dollar if i'm not mistaken.


thats for the day. assalamualaikum wbt. =)