as expected, today aku kena viral fever. wah. ayat doktor tadi. =D
dari petang semalam aku kena flu attack. and tisu dah habis sekotak dah pun. macam dehydrated dah hidung aku ni rasa. pedih semua ada. and rasa macam nak demam dari semalam.
hari ni terjaga pukul 4.15 pagi and memang aku dah terkena fever. rasa heat memang super duper lah. duduk bawah selimut tapi rasa panas. tilam semua pun ada kesan panas. and nak sambung tidur pun dah tak boleh. cari kedudukan yang selesa pun tak dapat.
so aku berfikir la nak pergi kelas ke tak hari ni. sebab rasa tak larat habis.
lepas mandi dengan solat aku sambung baring balik. fikir lagi nak pergi ke tak. dengan SGD nya lagi. =.=
almost pukul 7, aku gagahkan diri untuk pergi jugak. ingat kata mama, kita kena lawan penyakit. so, aku try lawan. tapi part drive aku tak mampu. itu sangat tak larat.
masa SGD aku rasa aku kuat lagi tapi setengah jalan discussion tu aku dah rasa sakit badan. panas semua datang balik. rasa macam nak baring and tidur. dalam hati macam bila nak habis benda ni. sumpah rasa nak pengsan. tapi kuatkan diri lagi. =)
habis SGD aku gagahkan lagi pergi kelas maths pulak. tapi part ni dah lemah dah daya mental aku. memang aku faham semua yang miss farah ajar tapi tangan aku tak larat langsung tak tulis note. aku mampu dengar and fikir. tapi mata dah nak tutup. mengantuk la tiba tiba. heee.
done with maths, sambung chemistry, aku dah mengalah. dah tak mampu nak menahan semua rasa sakit badan, panas badan semua. so pergi lah klinik dengan mieza. sebenarnya aku tak suka jumpa doktor. =.=
doktor cakap panas sangat. so kalau jumaat demam lagi, kena ambil darah. takut denggi ke apa. anddd for the first time aku dapat 7 jenis ubat sekali gus. thats new. =D siap dapat cuti 2 hari lagi.
tamatlah kisah aku sakit hari ni. haha.
p/s : aku susah nak demam andd first kot dalam this year. antibody aku pun dah give up. kuat sangat virus ni.
assalamualaikum wbt.