kenapa gigi ni suka tumbuh merata tempat? mengada betul.
jumaat ni pun ada appointment dengan dokter gigi tua tuu. betul, dia tua. pangkat datuk aku.
tapi aku dah 2 kali buat surgery gigi dengan dia. alhamdulillah masih hidup. =)
oh nak dengar incident aku dengan doktor tua tuu?
ada 2 orang doktor. tapi dua dua tua sama je. so aku assume dua dua sama. and dua dua pun chinese.
masa first pergi, dia check lah kann. then kata kena buat surgery. aku pun redha lah. yang lemah nya, nak dibedah gigi yang paling belakang sekali. andd mulut aku dah lah kechik, punya lah sakit kena bukak luas luas dengan doktor tuu. and assistant dia siap tolong pegangkan lagi. aku rasa macam nak terkoyak dah bibir.
then dia bius lah bagi kebas lepas tuu potong gusi aku. yeah, korang tak tahu ke gusi tu macam gumpalan darah yang kebal. bila dia bius, and potong rasa macam potong daging yang liat. tapi aku lepak sebab tak rasa langsung. HAHA. itulah function bius yang oi. =P
then second time pergi pun atas sebab yang sama.
boleh pulak dulu belah kanan jadi macam tuu ni belah kiri pulak. again kena undergo surgery lagi. sampai aku dah kebal dengan perkataan tuu.
yang sakitnya this time bukan sebab doktor lupa bius tapi tahu tak yang dia terkepit bibir aku dekat planar dia guna untuk kepit gigi aku. korang dapat imagine tak betapa sakitnya kena kepit bibir serapat rapatnya? macam nak pecah dah bibir aku tuu.
then aku ada gerak tak senang lah kann sebab sakit. tapi tak tahu nak cakap dengan doktor tuu macamana sebab dia ingat kepala aku lari sebab takut dengan planar tuu. ngek, sakit siot terkepit. air mata aku tengah bergenang je.
habis surgery tuu terus bibir aku bengkak besar. at least aku syukur lah yang dia dah berakhir. tapi still sampai sudah doktor tuu tak tahu kisah dia pergi kepit bibir aku yang comel ni dengan planar besar dia tuu. =.-
then dah nama pun surgery kann, mestilah kena jahit dengan benang. kelakar rasa benang dalam mulut. tapi masa second time tuu, patut kan kena jumpa doktor untuk cabut benang tapi benang aku dah tercabut dulu dah masa dekat kampung. so aku tak pergi jumpa doktor tu balik. heee.
satu benda je yang aku tak suka bila jumpa doktor gigi. aku tak tahu lidah aku nak letak mana. sumpah lidah aku yang ligat bergerak. nanti doktor tu kata, " lidah awak tuu duduk diam diam" HAHA. sebab aku takut kalau lidah aku terkena peralatan dalam mulut aku masa tuu. siau kann.
aku rasa jumaat ni pun kena surgery lagi. boleh pulak kali ni gigi belah atas pun nak jadi benda yang sama. semua kisah gusi tutup gigi. tuu yang habis kena potong gusi. potong je punn tapi dah dia panggil surgery, aku ikut je lah. kannn kannnn?
assalamualaikum wbt. =D