but check this out,
anda lihat,
mama pakai kann teddy aku ni dengan baju aku dulu dulu. sebenarnya berlambak je teddy bear kat bilik aku tu dapat baju aku dulu dulu tapi yang atas ni memang anak emas sikit.
mama suka manjakan dia and sebab aku takde dekat rumah, dia curi teddy ni bawak tidur dengan dia. aku balik weekends sedar sedar dia takde. =.=
kadang kadang bila pergi reject shop ke, tengok baju baby comel comel tuu, aku cakap la, nak belikan untuk medy. eh, nama dia medy btw sebab beli dekat medina. =D tapi made in china jugakk. dekat mekah medina tu mane ada barang ori weyh. seriouslyy. =P
tapi bila cakap nak belikan, mama jawab, takpe nanti mama jahitkan baju untuk dia. =)
sekali mama memang jahitkan baju untuk dia. gilaa kelakar. siap ada seluar. ada riben ala ala hawai la. HAHA.
kadang kadang pulak, bila aku tengok baju kat penyidai, ada je baju baby.
pelik aku fikir, aku rasa dalam rumah ni yang paling muda aku. sejak bila ntah ada baby. yeah, mama basuhkan baju baju teddy bear aku. comel je tengok baju budak budak banyak.
and hari tu, abah mms gambar yang dekat atas tu.
aku reply, "kalau pakai boots mesti lagi comel" sebab sekarang aku tengah mengidam boots. saje nak perli abah. heee. =')
so semalam punya semalam kot, abah mms lagi,
this time dah ada kasut. ni kasut kakak masa kechik. adidas lagi tuu. tapi dah buruk habis la. =P
aku reply dekat dorang,
" Ya Allah, takde kerja tahap apa dah ni?"
faham tak ayat aku? duhhh.
inilah akibat nya bila anak ada dua sahaja and dorang bosan tak tahu nak buat apa dekat rumah. HAHA.
sila dapatkan anak banyak banyak okayy. takpun,
kena kahwin awal lah macam ni kann? wow! =D *mukabersinar*
assalamualaikum wbt =D

