okayy i'm done with physics. so free topic for today! yeay!
manusia punya cara study. =)
golongan pertama, bila tengok orang study kann, dia rasa tercabar. terus dia pun bukak buku and konon nak study jugak. even kadangkadang, sepatah haram pun tak masuk dalam otak tapi dia nak cukup syarat. asal dia bukak buku and dia tak rasa tercabar tengok orang lain study. faham ke tak bagi dia benda kedua. somehow dia dapat semangat tengok orang study tapi yang buruknya, dia sekadar nak cukup basic. takde makna study tapi tak faham. bodoh adalah. =.=
golongan kedua, golongan ni separa setan lah. di mana tengok orang study kann, dia pun rasa tercabar gak tapi dia bukan join study tapi lebih kepada perli memerli. buat orang yang tengah study hilang semangat nak study. tak pun jahat sikit, dia ajak orang tu main, tutup buku, or stop study. sebab dia risau and dia tahu dia tak study. so dia nak orang lain sama sama tak study macam dia. aku pernah jumpa golongan separa setan ni and mereka sangat annoying. tak nak study lantak kau lah, yang orang tengah study kau nyibuk kenapa. kann? aku tak suka pertanyaan, "asal kau study?" bodoh. =.=
golongan ketiga ni malaikat sikit lah. dia langsung tak dipengaruhi dengan orang lain. bagi dia semua orang ada cara masing masing. kita dah besar nak fikir bila nak study semua. dia langsung tak kisah tengok orang stay up 24 jam study. bagi dia, dia ada jadual sendiri, dia tahu bila nak study. tak payah nak ikut orang, tak payah nak hasut orang. benda bodoh tuu dia tahu. thing yang langsung tak berfaedah untuk dia. dari bukak buku tapi tak faham, dari ajak orang ke jalan simpang. baik dia hidup dengan cara dia. tapi tak bermakna dia selfish.
golongan keempat golongan paling tegar. dia tak terpengaruh dengan satu dunia yang tengah study, dia langsung tak berminat nak hentikan semangat orang lain yang tengah study, dia pun tak ada cara study yang tersendiri. tapi, dia suka berlawanan dengan orang lain. orang study dia main, orang main dia study. everything vice versa. sebab dia taknak orang tercabar tengok dia study. dia taknak satu dunia tahu yang dia sedang mentelaah. lebih kurang macam golongan ketiga but the best part is, dia taknak diberi imej. tapi tak bermakna dia berlakon bodoh depan orang lain. cuma dia selesa berdiam.
ada ke golongan kelima? aku tak leh nak fikir dah. seriouslyy. empat golongan di atas lah yang aku pernah jumpa. ada yang selalu, ada yang jarang.
sebab kebanyakan manusia senang terpengaruh dengan orang lain. cepat rasa tercabar lah konon. tengok orang study, dia yang risau tahap gaban. pelik. keinginan datang dari hati, bukan dari pandangan.
then lepas keluar results selalunya akan ada mulut mulut puaka kann? yang tak puas hati tengok orang yang tak study tapi results flying colors lah, tengok orang yang kaki study tapi results hampeh je barang, tengok orang yang sedang sedang tapi results paling gempak. tengok orang yang tak study langsung tapi results teruk. eh eh? mampuslah. =P
conclusionnya, apa yang kita study, tak pernah depends on quantity. yeah, semua orang tahu. quality paling penting dalam apa pun. study bergantung pada niat. kalau niat nak berjaya untuk menjatuhkan orang lain, buang karat je lebih. kann setiap perbuatan bermula dengan niat. study kerana Allah. itu yang the best lah. kann?
baca buku bukan untuk exam thingy tapi untuk explore dunia ciptaan tuhan yang sangat unik pada hakikatnya.
okayy, ayat gila serius kann? HAHA.
please senyum, aku berblogg bukan nak buat orang tension tapi nak orang fikir mana satu realiti hidup korang yang sebenarnya.
aku tahu aku tak hebat tapi sekurang kurangnya, aku bersyukur dengan apa yang ada. aku bersyukur dengan kemampuan yang ada and aku bersyukur untuk segalanya.
berhentilah menangis, berhentilah mengadu. percayalah, aku pun pernah down aku pun pernah up. aku pernah menangis sebab kena marah dengan cikgu, aku pun pernah menangis kena lecture dengan parents. yang penting, semangat untuk terus bangun semula kena selalu ada. sebab aku percaya, tuhan tak pernah tinggalkan hambaNya.
benda yang dah jadi, biarkan. sebab masa depan itu lagi penting untuk dicorakkan.
berani untuk mencorak mimpi bukan berani untuk merosakkan mimpi.
assalamualaikum wbt. =D
