aku bukan budak ipod.
yeah, semua orang kechoh pasal ipod 4 touch tu, semua orang sibuk tayang merata ipod dorang, sibuk main game depan orang ramai, sibuk cerita dekat mana mana laman sosial. tapi aku, ipod aku dah terkubur dalam beg dekat rumah ni. sangatlah malas nak bawak pergi kelas ke mana. sangatlah malas nak melekat dengan benda tu for 24 hours. sebab aku bukan budak ipod macam mereka. =.= ada ipod tuu pun pergi gedik mintak dekat abah lepas tu dah cancel tapi abah dah TERbeli. faham? =D
aku bukan budak psp.
masa dulu ramai fanatik menatang ni. pergi mana mana semua tengah main, even budak kechik berapa tahun pun gilaa kan benda ni. and aku pun terpengaruh dengan mereka. damn. habis pmr pergi gedik mintak nak psp. tapi belum sampai berapa hari, psp aku punn dah terkubur dekat mana ntah. seriouslyy sekarang pun aku tak tahu dia dekat mana. last time tengok dekat bilik mama abah. sebab dulu abah yang main benda tu. haha. biarlah.
aku bukan budak keyboard.
nak beli piano, mahal sangat, tak mampu so habis upsr aku mengada mintak keyboard. alasan utama, bosan cuti lama dekat rumah. eh, penat okay buat ayat power nak mintak keyboard. sebab aku bukan reti main punn so abah macam doubting sikitlah bilaa nak belikan keyboard untuk aku. tapi dapat gak lah, tengok orang lah. heee. tapi macam biasa lah, lepas dah master hafal main lagu jingle bell, keyboard tuu pun dah kemana. last year bila dorang nak pinjam untuk show, baru lah aku keluarkan balik keyboard tuu dari stor. berhabuk, tak payah cakap lah kann. tapi sekarang ada dekat bawah katil aku dekat puncak jalil. =)
aku bukan si gitarist.
lepas craving for keyboard, habis spm aku mintak pulak gitar. mengada ngada kann? biarlah. =P nasib baik aku faham perangai aku, dia takde lah belikan gitar elektrik. setakat yang cikai acoustic punya dapat lah. murah je punn. then mula mula ingat nak masuk kelas muzik tapi kepemalasan melanda, memang harapan lah kann. aku pun main petik haram je. itupun lepas 5 minit try belajar guna buku, aku bosan, campak terus gitar tuu. lagi sekali dia dah terkubur dekat belakang pintu bilik aku. tu pun habuk gilaa super duper.
cepat cepat buat conclusion! =D
conclusion nyaa, saya memang budak yang hangat hangat tahi ayam. memang klon abah betul. jenis manusia yang suka membeli tapi bila dah ada, dekat rumah, campak merata, terus terkubur. then craving for the other stuff pulakk.
teruk gilaa perangai, main dalam 5 minit, dah bosan, terus simpan masuk stor. =.=
oh yaa, tuu belum kira lagi segala jenis permainan yang aku beli. kereta control punya banyak, ada helicopter control lagi, ada hovercraft control lagi. ish ish ish. sekarang banyak dah tak boleh main sebab dah lama sangat tak main. abah pun malas nak hantar kedai pergi repair. pastu pergi beli baru lagi. =.=
latest aku beli yoyo. sekali lagi main sehari dua, hari ketiga dah bosan, terus tak main dah. sekarang pun ada dekat almari sebelah katil. apa punya perangai ntah.
senang cerita, aku memang cepat bosan dengan something. pastu aku cari baru pulak. macam mana ntah jadi kalau aku bosan dengan suami aku sendiri nanti. kann? =') takan nak main kahwin cerai pulak. HAHA. =D
p/s : aku tak loaded lah. tapi suka betul membazir. tuu belum bukak cerita pasal abah lagi. LOL.
assalamualaikum. =D