mak tengah gayut dengan kawan dia tapi guna nset tinggi. haish. biarlah. sambung sambung.
eh korang pernah tengok nasi ber'mushroom' ? cantek! =P
hahaha. hebat tak kiteorang punya experiment? periuk nasi ni tak dibuka sejak hari jumaat lepas. so ada la dalam 5 hari kite bagi dia berkulat. so, ini lah hasilnya! *clappinghand* ngek. padahal kiteorang lupa gila dengan kewujudan nasi ni dalam periuk. geli kot. nasib baik bukan kulat hitam. pewww. it seems like satu rumah ni bukanlah calon isteri pilihan. HAHAHA. nampak sangat kiteorang memang tak memasak. =P
dah dah, next! =)
kak long selalu cakap, 'aku blablablabla, nama aku takde pun dalam blog kau kann.' haish. yela yela, semua pun nak famous. so meh nak story skit pasal kak long. dia kalau melatah, mesti mencarut. memang ayat terbaik punya lah. kalah aku. mencarut dia keluar babi semua. first time dengar, satu rumah tergamam. pergh. gilaa la kak long terus keluar babi. hahaha. tapi sekarang dia dah start control. tahu tak dia jadi apa? if selalu babi tapi sekarang jadi babablacksheep. sebab dia nak cover ba for babi jadi la babablacksheep. LOL.
enough la kak long. itu je model aku ada nak cakap pasal kau. later eh. heeee.
cakap pasal melatah kann. aku memang kuat melatah. dulu tak pun tapi dia macam makin mejadi jadi. terikut perangai makcik aku la ni. dengar aku melatah, konfem mama bising. haha. nanti dia marah. sebab family aku semua tak melatah pun melainkan aku. tapi aku tak melatah if orang geletek ke apa. tapi kuat melatah bila barang jatuh or terkejut. sumpah panjang kot melatah aku. kadang kadang macam tak boleh nak diam. dia macam menyambung nyambung. bukannya aku buat buat. dah reflex action aku macam tu. aku kelakar bila orang dengar aku melatah then suruh aku repeat balik apa aku cakap. lol. nama pun melatah. mana boleh siaran ulangan kann? pela. =.= haha. tapi words ni je keluar if aku melatah, oh-mak-jatuh-kaki-patah-sayang-diam. haha. dia word sama aku ulang ulang and ulang. yang pasti aku mengajar diri aku untuk diam tapi sometimes tak diam diam pun.
p/s : segala benda yang aku share dekat sini sikit pun takde makna aku nak riak ke bangga ke poyo ke perasan sendiri ke syok sendiri ke ape. aku nak share happiness and keseronokan dengan korang. belum pernah lagi aku buat post untuk share kesedihan dengan korang yang sampai menangis punya tahap. sebab aku rasa hidup ni best and sayang kalau kita tak simpan dia sebagai memori. =)
