Saturday, September 18, 2010

heyy.=)

i missed blogging like so damn much lah! padahal banyak je masa nak blogging tapi aku malas sangat nak keluarkan lappy and start typing. haha. =D

firstly, saya di penang ye sekarang. back to my belovedd rumah ni. tapikan, ya allah, berhabuk gilaa nak mati. semalam sampai sini and aku bersin for like thousandsss time. and dah tak larat nak kira. aku ni dah la memang out kalau bab bab habuk ni. so macam bising jugak la. nasib baik aku sorang sorang. =.=

secondly, semalam we having mee ketam dekat sungai dua. lepas aku dah menggembleng tenaga bersihkan bilik ni, mama abah kakak pun datang la ambil aku bawak pergi keluar. then lepas abah tanya orang sini pasal food, then dia cakap pasal mee ketam. and kiteorang pun tak pernah try. so apa lagi, its attacking time la! weet. sampai area tu macam macam ada. tapi char kuew teoy kat situ memang ramai gilaa nak mati orang beratur tunggu semua. nasib baik mama tak makan kuew teoy so kiteorang macam sikit pun tak tergoda tengok orang ramai ramai dekat situ. abah park dekat kedai mee ketam tu. tapi masa tu baru pukul 5.50. and abah ngan kakak nak bukak puasa. and malas nak keluar balik sebab dah dapat parking cantek punya. so kiteorang merapu rapu dalam kereta. gelak sakan habis. tengok gelagat orang then gelak gelak.HAHA. macam sangat takde keje doe. =.= but the mee ketam best! dah la family aku amek meja tengah jalan. then semua order mee ketam. then macam macam aksi kiteorang buat masa kopek ketam. so semua orang dah pandang pandang. haha. apehal? tergoda? =P sebab macam jarang orang order mee ketam. mama cakap sebab mahal. idk. mee ketam 4 + nasi goreng udang + nasi goreng ketam + minuman = rm 67.20. berbaloi apa. =) ( sebab bukan aku yang bayar! heee )

thirdly, aku dapat mp3 baruu. gogear raga punya. sebenarnya aku tak kesah pun edisi apa asalkan philips gogear sebab dia punya perkhidmatan best. dulu aku ada mp3 gogear jugak tapi aku tertinggal dekat seseri masa hari last sekolah tu. hailaa. bijak sangat. dah la aku sayang lagu lagu dalam tu. then bulan 8 hari tu kot abah belikan mp3 yang sony wakman tu untuk aku. tapi malangnya, dia pulak yang dah jatuh hati dekat mp3 tu. sebab dia macam tak pernah dengar or layan mp3. so first time dia dengar dia rasa mp3 tu best. so dia masukkan lag lagu zaman dia. then dia dok dengar malam malam. haha. bajet jiwa muda je abah ni. lol. so dia berat hati nak bagi dekat aku sony tu. then dia macam okayyla, abah beli yang baru untuk adik. so, yeay! dapat go gear.=)

keempat, nampaknya, tamat sem 1 ni, aku tak akan ada la kereta. sebab perodua dekat rumah tu lembab. haish. dah almost 2 months abah order myvi tapi tak dapat dapat lagi. takde stok la konon. haish. tapi abah kata kalau lambat sangat, dia nak tukar beli swift. haha. yang ni la idaman. =) kereta takde no plat dah dapat dah. okayyla, letak no plat dekat basikal pun okayy what? HAHA.

kelima, kalau nak jadi plastik, jangan plastik sangat boleh tak? aku pun plastik jugak kadang kadang sebab kite tak boleh nak puaskan hati semua orang tapi jangan lah plastik nak mati. =.=

keenam, siapa boleh tolong ajar cara nak fokus masa study bio? haha. sumpah aku dengan campbell selalu rebel. aku baru baca 5 minit, then aku dah bosan. aku main yoyo la tengok tv sekejap la then sambung balik. haish. tapi aku sayang sangat dengan math. aku boleh ngadap maths dari pukul 10 malam sampai pukul 5 pagi. tapi itu campur dengan tengok tv sekejap dengan main main sekejap la. tapi maths aku boleh tahan. bio? hampeh. aku rasa otak dah tak larat je terus aku tidur. jadi sampai sekarang aku bingung. kenapa aku ambik doktor padahal otak maths. =.= ya allah, terangkanlah hati aku. =)

ketujuh, korang dah selawat ke atas nabi belum hari ni? selawat 10 kali setiap hari. bila kita selawat, malaikat mendoakan kita. =))

kelapan, kalau saya tak dapat ke ireland, then i'll aim for indonesia. =)

sekian, salam raya! hey, mercun naga banyak ni bawak. jom main! hehe.