Tuesday, September 28, 2010

fb mood deactivate. =)

dengan sedikit kekuatan, my facebook account is deactivated. huh. then diikuti dengan hanim sendiri along with niesa. setiap orang ada alasan tersendiri. biarkan kami. its better. =)

so hari ni just ada kelas agama and agak kelaparan lah duduk di rumah. puasa oh puasa. harap kejadian anak merantau semalam dah tak berulang lah. kisah seposen yang akan jadi kenangan. haha. skema oh. =.=


kelakar oh. semalam kann hujan ribut semua, jadi tadi bukak pintu je ada comot dah menunggu. so lepak lah depan tu, then bunyi nafas comot kuat gilaa, badan dah shaky sikit. aku pun blur apa la jadi dekat kucing ni. then dia asyik naik atas aku je. selalu dia tak layan orang sangat. rupa rupanya, dia selsema! pergh. hingus meleleh. padanlah seluar aku ada kesan basah. aku fkir takan dia kencing atas aku pulak, yuckss. =P then tangan aku habis kena hingus dia. aku dah la tak pernah ada kucing. kira first time tengok kucing selsema. nasib baik hingus dia jernih. kalau hijau, sumpah termuntah aku. =.=


tapi sekarang, aku dah berjangkit selsema dia. =.= sila jauhi sayaa.


oh tiba tiba nur datang. heee. aku terbukak ceramah dekat radio kedah fm? i'm not sure. tapi ustaz roslan tak silap nama dia, he talked about isra' mikraj.


dia kata, zaman sekarang orang dengar pasal isra' mikraj, yang tak pergi masjid still tak pergi masjid. yang tak solat still tak solat. kiranya langsung takde keinsafan. sedangkan masa isra' mikraj macam macam bukti kekuasaan allah dah terbukti tapi kita hati tegar, still dengan kekhilafan kita. " manusia ada hati tapi tak dapat memikirkan kebesaran allah" itulah kelemahan kita.


pada aku, dari kecik kita belajar pasal fardhu ain, fardhu kifayah, rukun iman, islam semua tapi sampai sekarang kita buat benda yang dilarang, yang wajib tinggal. habis apa function kita belajar benda benda tu semua waktu kecik? sebab nak exam? haru bagai la jawabnya hidup nanti. kita dah cukup besar untuk fikir baik buruk tapi kita sendiri yang memilih untuk jadi manusia bodoh. tinggal benda wajib sesedap rasa je. aku pun tak terkecuali langsung. =[



pengalaman aku dekat seseri dulu kann, pernah aku, ecah dengan hani kena isi slot tazkirah malam sabtu sebab naqibah lain yang biro surau semua ada meeting. tinggal kiteorang yang bukan biro surau ni. so devide la tugas, aku cakap pasal apa, ecah dengan hani semua. so bertazkirah la kiteorang malam tu. sumpah aku menggeletar. haha. junior dengan kawan2 sendiri pun aku cuak, sebab takut ada hati yang terasa, tapi dakwah itu kan wajib. =)


so aku ada cakap pasal lelaki senang ditarik masuk neraka oleh saudara perempuanya sendiri. macam si isteri menarik suami sebab tak memimpin dia, begitu juga dengan anak perempuan menarik bapanya and semualah. and ada jugak story pasal orang tinggal solat semua and akibat dia lah kann. pengalaman aku masa bercakap tu kann, tengok muka orang yang mendengar semua macam takut sangat dengan azab dari tuhan, muka taubat semua keluar. tapi la kann, muka tu bertahan masa tazkirah je. keluar surau, muka setan semua keluar balik. begitulah manusia zaman sekarang, masa dengar ceramah, sifat empati semua keluar. hakikatnya, hati tegar dosa itu masih lagi ada. bila lah kita nak berubah?


thats why lagi senang nak mendidik si kecik kann, dorang belum mutation lagi. =)



tak payah nak compare kan orang yang buat dosa nyata macam tak pakai tudung ke pegang tangan laki perempuan ke tapi tengok je balik diri sendiri. hubungan kita dengan allah, terjaga ke tidak? solat itu sendiri, berdisiplin ke tidak kita ni sebenarnya. yang orang nampak alim, tak semestinya solat dia cukup. even dia tahu solat itu tiang agama.



oh yaa, ustaz tu cakap lagi, masa dulu nabi nak bina masjidil haram kan, nabi mintak la sumbangan derma orang ramai. dalam perhimpunan tu kann, macam macam sunbangan orang nak bagi termasuklah bagi sumbangan tenaga bagi orang yang tiada duit. tapi dalam ramai ramai tu kann, tiba tiba wakil dari kaum jin islam bangun and cakap yang kaum jin akan mendermakan satu tiang. thats why dekat masjidil haram ada tiang jin. then ustaz tu cakap lagi kalau jin pun boleh dermakan satu tiang, kita ni manusia zaman sekarang dermakan sekupang je. tu pun belum tentu. kiranya kita ni lagi teruk lah daripada jin. ustaz tu cakap la. haha. =)



assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. =)