Saturday, July 3, 2010

hello penang.:)

okay okay, now mood tk leh tido. bahagia germany menang! weeeh0oo~ best wo sorak dekat clubhouse tadi. skrin besar lagi. =))

eh nk sambung cerita itu hari okayyy. =)

oh ya kumpulan. dapat kumpulan 5. memang kumpulan popular dengan dendaa! haha. siot jap. kumpulan kitaorang je kot yang pernah kena denda. macam dah common gilaa. firstly sebab ketua n 2 lagi kawan dia datang lambat masa LDK. tak pasal2 kena denda duduk tepi swimming pool, sambil kaki rendam dalam kolam la. basah habis seluar. nasib baik diaa tak suruh terjun. bukan fasi or senior yang denda tapi staf! sengal kann? staf pun sama rock. =)

then 4 riadah terpaksa tukar seluar sebab lenjun kan. masa riadah ada game. main tembok cina tu. sapa tahuu? then AGAIN kumpulan kitaorang kalah. sebab guys lah! geram betull. ngade ngade tanak bukak tali kasut. sumpah jeles tengok kump lain main game semangat gila guys n girls. kiaorang ni mcm girls je gila semangat. guys jaga standard smart la konon, tanak kotor mcm kump lain. tak pasal2 kena stay kat padang yang lecak tu, kump lain pergi makan. then kena bising2 ngan fasi jap. then girls kena duduk melunjur atas lecak. guys kena meniarap, baring, macam2 gaya ada atas lecak. haha. habis dorg pun dah kotor. jatuh saham. haha.

then malam tu, kitaorang kena sambung denda petang tu sebab masa petang kan tak cukup masa. so kump lain, 4 kump tu gabung buat bulatan besar gila kat padang, kump 5 kat tengah tengah. tak ke siot di situ? tapi tak segan punn sebab malam kann gelap. ahah. bijak bijak. =) kena main macam pocong oh. lompat2 ikut arahan. sapa salah kena tepung cekodok. haha. nasik baik aku selamat, tak kena. weee.

eh lupa, before denda malam tu, kiteorang ada game dlm kump. 1 kump pecah 2 main telefon buruk. then kena beratur selang seli laki perempuan. layan la jugakk. tapi AGAIN kump 5 cari pasal. ada seorang guy ni sesedap hati g tukar ayat. orang sampaikan 'abang2 dan kakak2 fasi hensem dan cantik'. guy ni saja pergi tukar, sampaikan kt budak blakang dia, dari hensem dan cantik kepada jahat. habis semua fasi mengamuk. lagi2 si wawan tu. haha. ala yang macam zahid tu. nak gelak kot aku tengok dia. =P popular kan kumpulan 5 niiiii?!

then malam tu jugak malam last kitaorang. patut sampai jumaat tapi terpaksa batal so sampai khamis je la. then fasi kump pun minta maaf semua. end of our denda day. =p

jumaat ada akujanji petang tu. pagi taklimat2 je. akujanji kat clubhouse. before that, ada pulak LDK. tapi staf handle. then 1 kump kena pecah 3. aku, hanim ngan niesa (housemate aku 2 ni ) cepat2 duduk kat kump B. kump A ada si ketua kump yang kami tak gemar. then kump C ada si guy yang tukar ayat 'jahat' tu. LOL.
then kena main paku pusing. thank god dalam kump tu da ada budak tahu cara nak buat so kitaorang siap awal. yang bestnya, kump 5A, 5B and 5C siap dulu! tiba tiba jadi hebat pulakk. haha. then tercanguk la kitaorang tunggu kump lain siap dalam 30 minit la jugak. bosan kot siap awal.

then nak penutup orientasi kan ada hamper untuk kump kann. masa abg khairan nak umumkan tempat kelima, semua kump aku da tutup muka, SEMUA! haha. malu kot masa tu. kump lain pun dah expect kekalahan kumpulan denda ni. -.-" tapikan! BUKAN kitaorang tempat kelima! haha. macam keajaiban gila. kump 3 dpt tempat kelima. ktaorang keempat. better dr lima kann. ahah. semua macam terkejut. bayangkn semua dah tutup muka sekali kump lain.

end of our orientation dayyy.x)