dah malas nak letak tajuk. sebab hari hari aku rajin nak update. tapi semalam tak sempat kot. 0.o
hmmm. semalam jumaat kan cuti, sebab kelas batal. so ingat nak pergi tengok eclipse dengan budak grup. skali ngan hanim ngan niesa la kann. tapiiii. bangun pun dah pukul 10 ke atas. haha. angan je la nampak gayenye.
then atas persetujuan semua ( panjang cerita dia, malas nak story kat sini. =P) kiteorg pun pergi la kailan petang tu. dengan mood malas malas, dah pukul 3 lebih, kiteorg blah. naik rapid penang. oh yaa. misi kiteorang nak beli terus mesin basuh tu. dah malas nak fikir banyak banyak. kang tak jadi lagi, lagi susah. tambah tambah, kiteorang ni pemalasss nak basuh baju. haha. ye ye, we're not calon isteri mithali. bahaha.
okayy mula mula ingat nak pegri beli yang rm370 tu punyaaa sekali fikir balik, kiteorg nak check price yang first kedai kiteorang pergi hari tu. sebab kann hari rabu kami dah survey dah semua harga mesin basuh dekat kailan tu. then after check balik, tauke bagi harga rm350 jep. wah, lagi murahhh. plus 7kg punyaa. compare dengan lagi satu tadi, rm370 for 6 kg sahaja. uh tak berbaloi. so we terus decide nak beli yang 7 kg ni. memang tak fikir banyak dah sebab perut punnn tengah lapar. haha.
lepas beli mesin tu, terus kiteorang bantai nasi kandar penang. wah kedai lama tapi sedappp la jugak. lagi lagi perut pun berkeroncong bagai. wah nikmat, makan. haha. lepas makan dan kekekekenyangann kan, wani nak pergi kedai gunting rambut. dari dulu lagi dia dok cari. so, hanim pun teman dia. niesa nak cari swimming trunk, nak mandi pool. so aku miera syifa niesa pun jalan jalan lagi. mula mula singgah 7eleven. beli skittles. haha. merepek. then pusing pusing cari trunkkk tu. but tak jumpa.
so kami pun dah penat merayap, wani ngan hanim pun belum sudah lagi. so kami pun naik la join depa kat kedai rambut tu. tapi ada budak budak. sorang abang dia dalam darjah 1 kot. then adik perempuan dalam 1 tahun kot. kiteorang pun jadi la mak mak jap. layan budak budak tu. lama kot orang tu dok potong rambut. -.-" hanim pun sempat lagi semayang situ jap. sebab misi petang tu nak mandi kolam. heeee. padahal masa tu dah nak pukul 6 dah pun.
lepas semua benda dah line clear, kiteorg pun balik. dlm bas, ada pulak orang call, pasal nak baiki tingkap bilik aku. ya allah, sumpah mengacau. dan dan petang tu jugak nak baiki. dah la kami semua nak pergi mandi kolam. ada je halangan dia. masa sampai rumah, pakcik pakcik baiki tu dah tunggu dah depan rumah. then terus msuk baiki semua. lepas je dorang siap repair, ingat ada masa la nak attack kolam, sekali orang mesin basuh pulak dah sampai depan rumah. tak ke senget semua benda nak datang serentak gak. argh. jawabnya, haruslah kami pergi attack kolam pagi esok sahaja. sebab dah nak dekat pukul 7 dah punnnn. ='(
malam semalam, kiteorang pergi surau. ececeh. sebab malam isra' mikraj. ingatkan ada ceramah. dengan semangatnya aku miera hanim wani pakai telekung jalan kaki pergi surau depan guardhouse tu. segan kot sebab semua pandang tapi bila fikir pahala tu, and kiteorang bukanlah nak buat jahat ke ape, aku pun redah je la lautan manusia tu. tapi tutup muka gak la. haha. sampai surau, kami dapat tahu takda ceramah. aduyai, frust frust. tapi semayang jemaah pun pahala banyak what. hehe. yang paling tak percaya, kiteorang 4 orang ni je lah saf perempuan, kosong. then stay sampai isyak.
balik tu, rasa hausss sangat. so singgah la pergi cafe. again mestilah semua pandang kann. pedulikan je. it's not we were riak ke ape. damn. -.-" beli la bandunggg. abang tu siap tegur lagi, 'solehah la, pergi surau semua, budak mana, and bla bla bla' layan je la.
end of jumaat story.;)
okayyy sabtu, memang azam tinggi nak mandi kolam. so pukul 830 dah get ready nak attack ngan miera. hanim kate nak join lambat sikit sebab dia mengantuk. cess, tak boleh bla. then masa dah otw, nampak budak laki datang dengan tuala jugak. siau. ni sabtu pagi turn perempuan lah! then dah kena halau. aku ngan miera pun terjun masuk kolam. niesa main facebook tepi kolam. sebab wifi clubhouse laju. haha. sekali, budak laki tu boleh bawak geng dia punya ramai datang. nak mandi kolam gak. siot jep. budak2 pre med pulak tu semua. memang tak de adab la. dah bagi jadual sekarang turn perempuan. aku ngan miera pun tanak la jadi loser kan nak keluar dari pool tu tapi dorang terjun je dalam kolam. siap main water polo lagi. nasib baik kolam besar, haruslah aku ngan miera duduk di satu sudut, merengek. hanim datang, sound dorang. boleh pulak degil degil, tanak gak keluar. dah la ada yang mandi shirtless. aish.
punya la lama lepas tu, baru dorang nak keluar. by that time, matahari dah panas dah pun. urgh. sepak laju laju karang baru tahu. tak pasal pasal aku dah burn. -.-" tapi, aku masih enjoyyyy dapat float float dalam air. sekarang punn tengah belajar renang. sikit sikit la. hehe.
then todayyy kiteorang tak g mana mana dah. penat pulak asyik jalan jep kejenye. tapi sakit kepala pulak sebab asyik tido je. hehe. =)