2 days in penang. sabtu and ahad. actually tak plan panjang pun. abah bagi idea ni dah lama, untuk tengok tempat baruu semua. tapi kitaorang pun macam malas nak fikir. last last, jom je lah. =) dalam pukul 12 lebih bertolak. weee. mula mula ingat nak drive, semangat la ambil stiicker P dari kereta mers transfer ke kereta CRV. haha. semangat kan. tapi last last, i was sleeping along the journey. HAHA. sengal je. sebenarnya hujan, thats why i didn't have the keberanian nak bawak. eventhough it was highway! haha. cover cover.
hujan pun macam nak main main. kejap lebat then reda then lebat balik. ya allah, hujan ni otak dia serabutkah? tapikan! ada excident. live depan kaca mata. haha. tak tahu asal usul excident ni yang pasti lori kecik tu dah terbalik. sian dia. mesti pening. ada kereta saga kot depan dia macam hancur. i was wondering dia langgar apa? pelik weyh. then sampailah dekat penang.:)
selalunya kan terus naik jambatan kan. tapi this time kena travel dekat kepala batas. kind of sesat. semua orang dah start keluarkan handset masing masing. bukan call lah, tapi guna GPRS. mula mula ingat dah terlepas sekali nampak sign acms. okay okay, kita di titian yang betul. no worry. tapi masuk dalam area bertam pun lost jugak. padahal pusing pusing je. then dah sampai kolej. baru kolej belum hostel aka purta villas. nama nak gempak je. haha. malas nak cerita panjang panjang atau ambil gambar. 30 jun nanti datang balik kann. aish.
okay okay dalam pukul 7 kot, kitaorang pun naik jambatan. then singgah kat queensbay. semua adik punya pasal, berangan nak tengok wayang kat sana, bagi idea merepek repek. sapela adik tu kann. -.-" haha. then singgah la jugak so that si 'adik' tak kempunan. haha. merepek lagi.-.-" okay then sempat beli barang sikit kat situ then balik la rumah atukk ku.:) again, kitaorang sesat ye! nak balik kampung pun boleh sesat. nampak sangat tak selalu balik. haha. kantoi. tahu tak apa jadi, kitaorang masuk area factory, fyi bayan lepas kan peridustrian. then kitaorang ikut kereta myvi depan kitaorang. dia belok kiteorang ikut. sekali kereta tu masuk kilang apa ntah, orang pergi kerja la kot. then kitaorang terus jalan, JALAN MATI. siot je. buat la u-turn masuk penjuru kedua pulak, again, JALAN MATI. penjuru depan tu pun sah sah JALAN MATI. korang dapat bayangkan tak, jalan 4 penjuru. 3 penjuru jalan mati, actually bukan jalan mati tapi jalan tutup. kira mati la kan? then terpaksa kitaorang patah balik ikut jalan kitaorang masuk first first.
rupanya tak payah masuk pun area kilang uh. lalu kot luar je, terus ada jalan selalu kitaorang lalu balik kampung. jadi selepas berjam jam dalam kereta, kitaorang sampailah rumah atukk. fuh, lega kot! then ada baby. anak kak ayu akak kazen aq. comel siot. rambut afro gak macam aq masa kecik. haha. tapikan! dia tanak kat aq. siot la. orang yang dia tak kenal pegang, mula la merengek. haish. 2 bulan baru. nama penuh dia aq tak ingat. dulu aq pernah cerita. senang cerita panggil dia umaira. malam tu je lah aq main ngan dia. esok pagi aq bangun dia sudah takde, kena hantar rumah atuk dia. sebab mak dia kerja. malam tu jugakla aq tak tengok bola. no wonder la abg zul kena pergi tengok rumah kawan. sebab atuk aq tak minat bola. boleh pulak layan cekerama ( cane eja dia? ) pela -.-"
pagi ahad terus gerak balik rumah. dah la malas nak cerita. haha. separuh jalan je ek. alalala~