even skrg mood tengah penat gilaa. dengan semangatnye aq nk crite jugak pasal mnggu orientasi ni. haha. best doe! 2 thumbs up.:) even asyik kena jog merata, g sana sini macam org gila. lintas jalan ramai2, berebut ngan boys, dengan PP yang macam2 jenis. haha. okay okay.
ahad petang, dah mula gather kat dewan gemilang. sumpah sempit gila. yela, kteorg 1377 manusia dlm uh. belum termasuk PP yang agak ramai jugak. sampai kena duduk atas pentas. yang best nya, jalan2 je nampak muka dak seseri. dalam 2o+ kot kat situ. haha. b4 dat, dapat pilih roomate, so dpt la sebilik ngan sarah.:) searas ngan qatam, syaza, amira nurhani. then petang tu dah mula dengar suara PP yang garang. introducing, PP Zol and PP Khairina. haha. biro disiplin, biasalah. tp garang gila kot. susah bebenar nak senyum.:P
petang tu start yang ringan2 je. tak ingat la sebenarnya.:) then makan ikut khemah. malangnya, aq dpat khemah hijau. depan blok B. blok B blok guys, so jauh kot nak jalan balik g bilik. dah la tingkat 8! ergh.
makan lak dlm tupperware. sbb tengah berkempen ape ntah.
jap jap. malas la nak crite sehari demi sehari. penat uh. senang cerita most of our day time, kena g Dewan Tunku Cansellor aka DTC. penat kot jalan. dah la asek kena jog. trademark PP Zol uh. asal jumpa je dy akan kate "jog jog jog!" dengan mke serius. klaka bila ingat balik.:) then kteorg akan berjog-jalan dari kolej g DTC everyday. dalm 4 times a day. pergi balik.:) malam2 selalu aktiviti kat gelanggang. selalunya belajar SUB aka cheers. Sub paling best, jong jong inai. haha. semua orang suka bila kena wat sub ni compare 2 yang lain. seronok. boleh jadi gila. haha. lagi lagi bila tgk PP nye demo. PP Azrul! the most crazy one. haha.
tapi kteorg pun ade gak group and LDK. ade 50 group or kteorg panggil sel. aq sel 7. sel paling sikit. haha. sedih betul.;( maybe byk yang terlibat ngan kesenian. so tinggal 20 org je la.sel lain dlm 30 kot. then ade name sel sendiri, wat sub utk sel masing2. best jugak lah. haha.
dah la. sebenarnya tengah excited nak crita pasal PP ni. b4 dat, PP stand for Pembantu Pelajar. kire macam fasilitator la. dorg ade dlam 66 org. tapi tak semua slalu ada. kadang2 ada yang tak pernah jumpe except mlm perkenalan PP semua tu. dlm banyak2 ada la beberapa orang PP yang popular and orang suka sangat.:)
PP Wafiy, yang first skali ramai org tertarik tengok. haha. sebab dy biro aktiviti. so handle sub and dance masa riadah la kan. so, bila kteorg nak belajar benda baru, PP kan bg demo. then PP wafiy ni semangat gila berdemo. dengan gayanya. mmg semua org terhibur la tengok dy buat demo. rasa semangat jep.:) then semua orang start kenal nama dy semua. bila PP ramai2 wat demo, semua usha PP Wafiy. haha. klaka. dah la dy tinggi n kurus lak uh.:) apepun dy amek kos dentistry. hebat kot.:)
PP Zol, menang anugerah PP paling popular ni! haha. femes kerana suaranya, kegarangannya. kadang2 dy tak garang tapi tegas n suara dy kuat. bak kata abang ayid ( presiden kolej ) PP zol ni penuh dengan kasih sayang sebenarnya. haha. mase dy nk g amek award kan, semua sorak, "jog, jog, jog" haha. then dy pun gelak. tapi masa malam2 lain, asal dy pegang mic jep, semua get ready lah nak kena marah. everyday ade je isu nye. tapi sebab aq x wat hal, so tak terasa sangat. haha.:)
PP Khairina. ni pun mke serius je. susah gila nak tgk dy senyum. suara dy hebat uh. konfem korg kalah nye. tp dy dlm sel dy oke aje sebenarnye.:)
PP Sani. haa, ni lagi seorang biro disiplin. senang crite biro ni semua memang popular lah. dengan mke serius. takut. rasa macam tanak pandang dorg kalau terserempak. PP sani ade style rambut cantik punya. haha. tengok dari jauh dah kenal. tp dy kan org penang, so loghat dy memang dengar lah. but still, tak dapat nk kalah kan kepekatan loghat PP zol dengan loghat kedah dy.:) pekat gila.
PP Fahmi. jauh berbeza dengan semua di atas. PP fahmi berada di pihak yang cool down kan kteorg bile kteorg kene marah. dengan lawak spontan dy, everyone can't stop laughing. seronok + klaka. bila kteorg kena marah, dy kata la, kesian korg semua. then dy x pena tinggi kan suara even skali. tenang je nada dy. sayang dy lah! haha.
PP Yuki. haa! ny PP yang paling comel skali. bukan setakat muka, tapi telatah dy, bahasa dy. sbb dy kan chinese. bhsa mlyu dy comel je dengar. suka cakap, "cantik" semua benda dy kata cantik. haha. bila dy handle kteorg, tak pena bosan or rasa xbes. same macam PP fahmi gak, kteorg akan gelak2 je dengan PP yuki. mule2 ingat dy garang rupe baik sangat.:)
PP Nadia. trade mark dy aww aww. then kteorg jwb brrrrr..asasians sempoi. haha. sampai bile dy menang anugerah ape ntah, orng panggil dy PP nadia brrrrr. macam iklan coke tuh. lawak. tapi dy handle pun best jugak la. lg2 gabung ngan PP fahmi. sepadan jep.:) kteorg enjoy sangat dengan dorg.
dah la. tak bole nk ingat PP ape lg y melekat d hati semua org. ;)
hari jumaat, PP sani, PP zol, PP khairina. yang muke serius semua dah start senyum. dorg kate hari jumaat dorg tnjuk prngai sebenar dorg. haha. mmg x serius langsung. tak pernah2 PP sani uh senyum masa jaga jalan. tp mse hari ni, tersenyum2 macam kambing. kteorg lak yang pelik. haha. dorg start wat lawak. yelah, hari jumaat hari kteorg! tu y best uh.
then pasal malam kebudayaan, memanga gempak habis. tp ramai gak yang tidur. lagi2 masa dikr barat, koir, show y common tengok. tapi masa show sarawak, tak tahu la nama tarian dorg, mmg semua kepala tegak doe. cara diaorang menari mmg lain dr yang lain. unik. dengan pakaian yang gempak. memang impress lah.:)
after malam kebudayaan ni jugak, kteorg wat dance "shishuwashuwa", everyone favourite dance. best oh.:)
tp lwak kot tgk PP sani ngan PP zol atas pentas. kan dorg ramai2 dance atas pentas. tp obvious gile tgk PP sani dance gedik gila! haha. memang da x larat da nak gelak. lawak gila dy wat. tpkn, dy wat okay lagi, bila tgk PP zol buat, haha! macam nk pecah perut gelak. dy tatawu step sangat, asek salah step jep tp muka gila semngat. lawak! barulah sporting kann.:)
rasa macam banyak benda nak cerita tapi tatawu nak start dari mana. haha.
dah la uh.
nwy, to all PP. thanx sooooo much.:) we had a lot of fun. sayang semua PP lah. ala, nanti mesti rindu oh dekat dorg. sbb bukan bolejumpa da lepas ni. ade y mungkin takan jumpa langsung sbb dorg masuk tempat lain. argh. i hate oriention when it comes to the end. slalu menangis oh bila hari last. sedih sangat.:(